CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, February 5, 2011

Nabi Luth a.s dan kemusnahan kaum sodom


     Nabi Luth a.s ialah anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s.Ayah Nabi Luth a.s bernama Hasan bin Tareh,saudara kandung kepada Nabi Ibrahim a.s.Nabi Luth a.s sentiasa mengikut Nabi Ibrahim a.s berdakwah.Ketika berhijrah,Nabi Luth a.s telah berpisah dengan Nabi Ibrahim a.s.Nabi Luth a.s pergi berdakwah ke daerah Sodom,di Yordania.Nabi Luth a.s sangat terkejut melihat kemaksiatan yang terjadi di merata tempat.Patung dewa-dewi disembah dan disajikan dengan barang-barang mahal serta mereka mencintai kaum sesama jenis.
     Kaum Sodom terrasa terganggu denga kehadiran Nabi Luth a.s di daerah mereka.Kerana merasa terganggu dengan dakwah Nabi Luth a.s,Kaum sodom menyiksa,melecehkan dan menghina pengikut Nabi Luth a.s.Dengan serta merta mereka mengarahkan Nabi Luth a.s agar meninggalkan Kota Sodom.Namun Nabi Luth a.s tetap sabar sehingga waktu yang ditentukan.
      Suatu ketika,datanglah malaikat yang menyerupai 2 lelaki tampan di rumah Nabi Luth a.s.Kaum Sodom kemudian meminta nabi Luth a.s menyerahkan kepada mereka.Tapi Nabi Luth a.s menolak dan Allah swt membutakan mata kaum Sodom.Malam itu juga,Nani Luth a.s dan pengikutnaya meninggalkan Kota Sodom.Setelah Nabi Luth a.s pergi,Allah swt pun terus menurunkan azab umtuk membinasakan kaum Sodom dengan batu-batu besar sehingga Kota Sodom menjadi rata seperti tanah.






No comments:

Post a Comment